KENDURIAN MENIPU BAGI DURIAN MUDA - Denhanda

6 Aug 2017

KENDURIAN MENIPU BAGI DURIAN MUDA

Image may contain: text



Penganjur "Makan Sampai Pengsan" Kendurian, Firdaus Abdullah menunjukkan sebahagian durian yang tidak masak di Dataran Kemerdekaan. - Foto Shazreen Zamzuri




SHAH ALAM: Ribuan penggemar durian yang mengunjungi program 'Kendurian Makan Sampai Pengsan' di Dataran Kemerdekaan di sini, hampa apabila dimaklumkan raja buah yang dibawa penganjur belum masak sepenuhnya.
Walaupun ramai menunggu seawal jam 9.30 pagi, kira-kira 100 pengunjung saja berpeluang menikmati durian masak sepenuhnya daripada 15 tan yang disediakan.
Keadaan itu menyebabkan pengunjung tidak berpuas hati dengan penganjur.
Sebahagian pengungjung yang tidak dibenarkan masuk ke gerai "Makan Sampai Pengsan" Kendurian berikut masalah durian yang tidak masak di Dataran Kemerdekaan. - Foto Shazreen Zamzuri
Pekerja swasta, Mohd Azrimal Sharifudin, 32, dari Sungai Besi kecewa kerana keluar awal dari rumah untuk menikmati durian.
"Sebaik tiba, penganjur memaklumkan durian belum ada kerana mereka menerima bekalan buah belum masak.
"Ia sangat menghampakan kerana saya 'hantu durian'. Saya siap bawa air botol dan pisau untuk acara ini," katanya.
Sebahagian pengungjung yang tidak dibenarkan masuk ke gerai "Makan Sampai Pengsan" Kendurian berikut masalah durian yang tidak masak di Dataran Kemerdekaan. - Foto Shazreen Zamzuri
Pengurus bangunan dari Seksyen 11 di sini, Armi Farid, 41, dan keluarganya teruja menyertai festival itu selepas mengetahuinya melalui media sosial.
"Saya dapat maklumat menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa 'kendurian sampai pengsan', maka kami teruja untuk ke sini.
"Namun apabila tiba jam 10.15 pagi tadi, penganjur memaklumkan acara makan durian hari ini dibatalkan kerana pembekal menghantar durian belum masak.
"Penganjur mendakwa mereka ditipu oleh pembekal membabitkan kerugian hingga RM200,000.
"Apa oleh buat, kami pulang ke rumah nampaknya. Cuma saya kasihan tengok ramai pengunjung yang datang dari jauh ke acara ini," katanya.
Pekerja kilang, Mohd Ridzuan Abas, 40, yang datang dari Banting bersama isteri dan empat anak mereka turut terkilan dengan pembatalan itu.
"Saya tanya kepada penganjur apa yang berlaku. Mereka maklumkan durian tak masak lagi. Saya ambil cuti hari ini untuk bawa keluarga makan durian tapi ini jadinya," katanya.
Turut kecewa Grace Yong, 46, yang datang dari Sibu, Sarawak, bersama adik dan rakannya selepas mengetahui mengenai festival itu.
"Saya mahu menyaksikan bagaimana festival makan durian diadakan kerana acara begini tiada di Sarawak. Kami beli tiket penerbangan untuk bercuti di sini supaya dapat menyertai acara ini.
"Kami tiba dari hotel kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan beratur dua jam sebelum dimaklumkan penganjur ada masalah dengan bekalan durian," katanya.
Sementara itu, penganjur acara yang ditemui meminta maaf kepada pengunjung berikutan durian yang diterima tidak seperti yang ditempah daripada pembekal.
Pengurus acara, Firdaus Abdullah, berkata mereka terpaksa menghentikan festival itu buat sementara waktu kerana tidak adil bagi pengunjung dihidangkan dengan durian yang belum masak.
"Jika diteruskan, ia seperti menipu pelanggan dan boleh menimbulkan masalah lebih besar. Kami memohon maaf.
"Durian yang diterima pagi ini bukan seperti dijanjikan pembekal. Kami sedang cuba menyelesaikan isu ini dan berharap dapat meneruskannya," katanya.
Firdaus berkata, pihaknya menerima kira-kira 15 tan durian pagi tadi namun hanya kira-kira 200 kilogram boleh dimakan.
Festival yang giat dipromosikan melalui media sosial sejak beberapa minggu lalu menawarkan peluang kepada pengunjung menikmati sebanyak mungkin durian pada harga RM19 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.
_________________________________________________________________________________

Nak salahkan penganjur, penganjur salahkan pembekal
Ni semua salah pembekal yg janjikan BULAN dan BINTANG tapi yg dapat tahi.
sedih sebab yg datang dari jauh semua mmg HANTU DURIAN.
MG harap lepas ni kalau ada lagi pesta KENDURIAN ni, pihak penganjur lebih berhati hati dan PEMBEKAL juga harus amanah. Jangan makan duit haram.

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger